Monday, December 13, 2010

Hakikat Cinta

Salam bertaut kembali. Buat makhluk yang dimuliakan sebaik-baik kejadian, bermula dari Rasul Junjungan Muhammad SAW, para ahlul bait, sahabat r.anhum wa radhu 'anh dan mereka-mereka yang dimuliakan Allah semenjak dari azali lagi hinggalah saat pengakhiran yang hanya terletak dalam keluasan 'Ilmu-Nya. Buat entri kali ini sebenarnya cik safi masih tertanya-tanya lagi dalam hati nak tulis berkaitan ape ye??? kusut hati serabut minda bila terlalu memikirkan sangat apatah lagi kalau tersesat sekali benda perihal remeh-temeh dalam kotak pemikiran. Alhamdulillah...baik sungguh Allah. Dalam kerunsingan hamba mencari idea, didatangkannya ilham sekaligus gerak hati untuk si hamba kegelisahan ni berkongsi sesuatu yang sememangnya banyak memberikan kesedaran buat hati yang seringkali alpa dan leka ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat buat insan-insan di luar sana juga. Harapan menggunung di hati agar setiap bait madah yang tercipta dapat difahami dan dihayati maksud tersiratnya oleh seketul daging yang merupakan RAJA bagi diri...YA, itulah HATI...ayuh zikr & fikr memuhasabah diri.



::: Destinasi Cinta :::

Menyingkap tirai hati

Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...



sesungguhnya cinta Allah cinta hakiki, cinta abadi dan Dialah sebaik-baik dan Maha Layak untuk menjaga hati dari dimiliki oleh sesiapapun selagi belum sampai saat yang telah terpatri...Buat Sang Pemburu Kasih Ilahi~moga redha Allah sentiasa mengiringi.

Wednesday, October 20, 2010

:::: SelAmAt hAri lAhir ::::

Barakallahu lakum...
"Selamat Hari Lahir" duhai sahabat. Ucapan ni safi khususkan buat dirinya(sahabat safi ni walaupun hakikatnya tarikh tu dah lama berlalu...hehee :-D) tidak kiralah sama ada sahabat ni belum mengetahui, atau telah mengetahui, atau juga akan mengetahui (wallahu a'lam
(",)). sahabat yang selama ini bagi safi dah terlalu banyak membantu safi(mungkin dia sendiri tak menyedari hakikat itu, sebab safi pun tak pernah nak cakap-cakap ape-ape kat dia,sebab I prefer to keep this secret only with Him), Subhanallah... mungkin dah terlalu banyak pahala yang tersalur pada dirinya hasil dari amalannya yang mungkin orang lain hatta dirinya sendiri menganggap perkara itu hanya satu perkara yang biasa-biasa je dek kerana kebiasaan yang dia lakukan. Alhamdulillah...safi pun niatkan jika satu masa nanti masih ada rezki untuk safi hidup (ke peringkat dewasa dan mencecah matured level) safi nak sebarkan kebaikan yang dia pernah beri pada safi kepada ummah. Semoga pahala yang tersalur pada dia akan semakin bertambah-tambah. Insya-Allah~ (mase tulis part ni tiba-tiba safi rase happy pulak. Eh! tiba-tiba bersemangat nak hidup demi agama ni. Ijtahid!!!)

Perkenalan kami memang sesuatu yang tak pernah safi duga mahupun terlintas di benak akan terjadi. Allahu Akbar, Allah Maha Besar. Dengan keMaha Agung kekuasaan-Nya dan dengan sifat 'al-Ilmu' Nya Dia Maha Mengetahui apa yang berlaku di masa silam, akan datang, dan masa hadapan. Subhanallah hebatnya Allah. "Taqdir mengatasi Tadbir" itulah sunnatullah kehidupan. Berbalik pada perkenalan kami, safi memang tak pernah punya keinginan pun mahupun qasad untuk bersahabat dengannya. Namun, taqdir Allah mendahulukan tangannya menyemai benih persahabatan kami. Dari situ bermulalah satu episod ukhwah antara kami (wah wah wah....cik safi, awatnya chek tengok ayat ni macam dalam iklan kat tv?), perit-jerih, suka duka, ilmu dan dakwah (ini yang paling penting) kami kongsi bersama, sunnatullah ukhwahfillah... Sesuatu yang membuatkan safi respect dan adakalanya 'cemburu' jugak pada sahabat safi ni ialah dia seorang yang sukaaaa...'memberi' walau pemberian itu bukan dalam bentuk material tapi 'pemberian' itu adalah something yang cukup, cukup bermakna pada Allah, Islam dan safi sendiri.(EEEEEeeeeiiiiii!!! saya pun nak jugak jadi macam tu! tak aci! tak aci!) Sesuatu yang pasti, safi akan berlawan dengan dia lillahi ta'alaa. (Yeah cik safi! semangat! semangat! Islam boleh!!!)

"Cik safi, kenapa semua yang cik safi kabo baik-baik belaka? takde ke yang kurang baik? kan kebiasaan perhubungan mesti ada pasang surutnya?"

Ya. satu persoalan yang bagus!

Menjadi adat dalam perhubungan pasti ada pasang dan surutnya. Sedang lidah lagikan tergigit(peribahasa yang selalu digunakan untuk menggambarkan situasi dalam perhubungan). Jika dalam sesebuah perkahwinan adakalanya berlaku ketidak sefahaman dan pertelingkahan, sudah tentu ianya turut ada dalam sesebuah persahabatan. Cuma yang mengharmonikan kembali hubungan itu adalah masing-masing kembali pada 'asalnya' yakni beristighfar, renung kembali niat asal kita bersahabat dan impak-impak yang bakal timbul jika masing-masing mengambil tindakan positif mahupun negatif. Namun Alhamdulillah berkat kesefahaman, lapang dada, menganggap ini adalah ujian bukti kecintaan Allah pada kami, kami terima dengan hati terbuka. Memang safi akui agak perit menelannya tapi safi gagahkan jua diri untuk terima seadanya. Safi hanya mampu berdo'a semoga Allah memegang utuh hatinya dan hati safi atas jalan kesabaran dan keredhaan dalam menghadapi ujian. Akhirul kalam, terima kasih, jazakumullahu khairan kathira buat si dia sahabat yang safi sayangi... Moga Allah nilai segala amal kita untuk saling mendukung antara satu sama lain demi memartabatkan agama suci ISLAM.

Friday, August 27, 2010

Sanah Helwah Duhai Diri dan Ukhti Kekasih Hati

Salam Mahabbah buat permata-permata kurniaan Ilahi yang setia berkunjung ke blog yang tak seberapa ni. Selaut kesyukuran & puji-pujian yang tak terhingga ku utus buat KEKASIH AGUNG yang tak pernah melupakan hamba2-Nya walau ada tikanya kata2-Nya seringkali tidak diendahkan. Subhanallah...itulah Rabbul Jaliil, Rabbul 'Aziz...Allah SWT. Betapa besar kasih & cinta-Nya hinggakan Dia tak pernah putus berbicara dengan kita, memberi inzar sentiasa.

"Sanah helwah duhai diri jua akhowat si jantung hati" itulah kata2 yang keluar dari sekeping hati yang telalu mendambakan cinta Ilahi. Dan yang paling penting buat diriku ialah ITULAH INZAR YANG PALING BESAR buat aku agar jangan pernah walau sedetik pun cuma melupai TUNANGKU sejak azali lagi yakni 'KEMATIAN'. Ya! itu satu ikatan janji yang pasti. Walau pada pandangan mata kasar aku terpisah jauh darinya tapi aku yakin sepenuh hatiku satu saat yang telah dijanjikan dia akan mengunjungiku dan kami pasti bersatu untuk membawa diri ini pergi bertemu 'Cinta Hatiku' Allah 'Azza Wajalla. Insya-Allah....

Di kesempatan ni, tak ku lupa syukran kathir yang tak terkira ku tujukan buat mak abah yang tersayang...tanpa kalian, adakah diri ini bisa mengenal dunia? Wallahu a'lam... mak tercinta, terima kasih dan sealir rindu kasih sayang anakmu khususkan buatmu yang telah bertarung nyawa membawaku ke dunia ini, mengenal Sang Pencipta dan mengabdikan diri hanya pada-Nya Yang Esa. Tanganmu yang lembut mengayun buaianku di kala aku masih tidak mengerti apa-apa di sekelilingku hinggalah kini ia masih setia mengusapi diri ini membentuk sebaik-baik mujahidah fii sabilillah yang bakal meraih mardhotillah, kasih sayang dan pengorbananmu selamanya takkan ku lupakan. Buat abah pemilik kasih sayang puterimu ini, seredup pohon mahabbah wa jazakallah ku titipkan buatmu atas perit jerihmu membanting tulang mencari rezki demi memelihara sebaik mungkin amanah Allah ini. Pemahamanmu, tolak ansurmu, jua perhatian yang kau tumpahkan buat isteri dan anak-anakanda yang masih mencari-cari erti kehidupan amat-amat ku hargai... Walau ada tikanya aku yang masih belum mencapai tahap kematangan maksimum ini merasakan ketegasan yang kau gunakan terhadapku bertentangan dengan diriku, namun hakikatnya aku silap. Dia Maha Mengetahui makhluk-Nya dan kau merupakan perantara untuk-Nya mentarbiyahku dengan cara itu. Kini, baharulah aku sedar yang ianya merupakan salah satu cara penggerakku untuk lebih matang dalam meniti hidup. Ketegasan dalam kelembutan tidak hanya terletak pada wanita tapi juga pada insan bergelar lelaki terutama sebagai amir dalam family.

..::: Pohonku pada-Nya agar setiap langkah-langkah kalian tak pernah lekang dengan rahmat sebagai pengiringnya... Amiin... Selamat panjang umur(kualiti) juga selamat pendek umur(kuantiti) wahai makhluk Rabbi yang mengakui dirinya insani:::..


Saturday, July 17, 2010

Kedha'ifan Hamba...

Salam Mahabbah buat pengunjung2 & sesiapa sahaja yang mengenali diri. Ape khabar iman di hati, pakaian taqwa diri, & amal memburu redha Ilahi? Ada baik? or... terasa diri makin menjauh dari-Nya? hm... muhasabah2le kembali diri, sepertimana kata Saidina Umar al-Khattab;
"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab & timbang-timbanglah amalan kamu sebelum kamu bertemu di hadapan Allah." hm... ape kena-mengena hadith ni dengan tajuk post kali ni ye???
Ok, begini kisahnye... malam tadi bertempat di masjid U aku, telah diadakan satu diskusi ilmu anjuran PMUS (biarlah hanya diri yang tahu perkataan panjangnya) yang bertajuk 'Durrah Safiyyah'..Subhanallah...jenuh aku tertanya2 & tercari-cari ape yang dimaksudkan dengan durrah safiyyah? tapi yang pastinya tajuk yang bakal dibahaskan berkaitan wanita. Rupa2nye durrah safiyyah membawa maksud 'mutiara yang suci'. Allahu Akbar! indah sungguh maknenye. Majlis ni berlangsung pada jam 9 malam kalau ikut tentatif program tapi atas sebab2 tertentu ianya dilewatkan sedikit. Tak pe, yang penting ia tetap dilaksanakan. Panel jemputan untuk membahaskan tentang tajuk ni, kedua-duanya masih tidak asing lagi dikalangan pensyarah & pelajar U aku. Mereka berdua merupakan ex-student U aku pada saat lepas & kepetahan mereka mencuit hati jemaah yang hadir merupakan salah satu aset dari Tuhan untuk mereka yang mana dengannya menjadikan mereka diminati & disegani. Sesi diskusi ini seperti biasa dimulakan dengan kata alu-aluan oleh moderator kemudian disambung terus pada pembentangan oleh ahli panel. Pertamanya sesi ini dibangkitkan dengan penerangan kembali tentang apa tujuan wanita dicipta. Ok sahabat sahabiah sekelian, ape tujuan insan bernama Hawa ini wujud sebenarnye??? mungkin ade yang dah arif bab ni & mungkin ade yang masih diselubungi tanda tanya. Actually antara tujuan wanita diciptakan adalah untuk 'ubudiyyah ilallah sebagai aim yang utama. kemudian baharulah diikuti dengan menjadi pendamping buat kaum Adam kerana merupakan Sunnatullah lelaki & perempuan memang saling lengkap melengkapi semenjak dari penciptaannya lagi disamping wanita juga merupakan tulang belakang & pendorong kejayaan bagi seorang lelaki kerana di belakang seorang lelaki yang berjaya berdiri seorang wanita yang gagah. Sebagai ironinya kita boleh lihat kembali sejarah bagaimana gagah & berjayanya seorang lelaki yakni Nabi Junjungan SAW kerana adanya wanita2 yang kuat disisi baginda SAW seperti Saidatina Khadijah,'Aishah & Fatimah yang sentiasa memberi sokongan pada baginda rasul untuk terus berjuang fii sabilillah hinggalah akhir hayat baginda SAW. Agak teruja rasa hati bila mengimbas kembali detik kesronokan mendapat ilmu baru & merefresh kembali ilmu yang dah lame tersimpan dalam kotak ingatan. Kami juga didedahkan tentang bahayanye wanita & bagaimana 'berkuasanye' wanita bilamana mereka ini tidak dikawal dengan baik & diberi penghayatan agama dengan sebaiknye, selain tu mereka2 yang berideologi sekularisme yang sudah mula memasukkan jarum2 budaya barat dalam jiwa & pemikiran anak2 remaja sekarang. For example, cuba kita buat perbezaan antara fesyen zaman 70-an,80-an & 90-an dengan zaman 2000>. Dahulu jika seorang wanita itu mempunyai saiz badan yang agak besar mereka malu untuk mempamerkan tubuh mereka dikhalayak ramai. Hanya gadis2 yang mempunyai susuk menawan sahaja berkebaya nyonya, bersanggul, & berdandan. Berbanding dengan zaman modenisasi kini yang mana kita boleh saksikan di merata tempat hatta di kaca tv sekalipun majoriti wanita tak mengira umur & saiz badan dengan selamberrrrnye menunjukkan aurat mereka... boleh jugaku tambah statement ni, 'bertutup tapi terdedah' hai... ape dah jadi dengan manusia zaman sekarang? inikah bakal2 pendamping bakal pemimpin2 akan datang?haa.... ni baru wanita. Tak masuk lagi masalah lelaki yang turut same menunjukkan auratnye. Maksud aurat di sini memang bukan antara pusat & lutut tapi menghampiri pendedahanaurat itu sendiri like pakai seluar pendek tak kiralah paras lutut atau tak.. tu nak jadi ape tu??? bila ditanye kenapa pakai seluar macam ni? dijawabnye, " alah...tak nampak lutut pun..." tak nampak lutut apenye??? kalau naik motor kan seluar awak tu semestinye terselak menampakkan lutut yang tak berapa indah tu...nak kate berkilat putih melinong tak de pulak. Dari jawapan tu dah nampak yang mereka ni serba jahil dalam erti sebenar apa itu 'aurat' & aurat mereka dari sudut akhlak dah pun terdedah. Sedarilah duhai teman yang Allah lebih berhak utuk kita merasa malu dengan-Nya... jangan dilihat pada mata kasar manusia tapi lihatlah kepada sudut pandangan yang lebih dalam & aula. Allah itu Maha Melihat! dalam majlis tu juga aku sangat2 terkesan dengan kata2 salah seorang ahli panel berkait dengan perjuangan para mahasiswi & mahasiswa terutamanya dalam isu pemakaian yang digariskan oleh pimpinan U aku. Masih segar dalam ingatanku kata2 beliau "dalam medan dakwah pun kamu dah kalah, dalam medan perang tak tahulah ustazah macam mane," Allah! zuppp.... rase macam ade pisau yang menikam hati. Tajam kate2 ustazah tu tapi aku tak menolak kate2nye itu. Memang benar, aku sedar betapa lemahnye kami terutama muslimin dalam memperjuangkan hak kami sebagai wanita dalam erti kate syara'. Mereka seakan redha melihat kami diperlakukan sebegini rupa, dipaksa 'memperbadutkan' diri mengenakan sesuatu yang indah pada pandangan Ilahi. Kami muslimah sangat2 lemah jika tiada sokongan yang padu juga dari muslimin di barisan hadapan. Aku sedar Allah sedang menegur kami. Bagaimana respon kami. Belum tamat kat situ aje... usai kami balik dari masjid aku & sahabat2ku dikejutkan dengan 3 pasangan yang duduk di pondok bersebelahan blok kami. Allah uji kami lagi, bagaimana kami nak praktikkan ape yang kami dah dapat dari majlis ilmu tadi. Cuba bayangkan yang muslimin hanya mengintai melalui tingkap sahaja tanpa bertindak ape2... Yaa Allah...geramnye rase hati tak tahulah nak cakap macam mane. Honoursly, kecewa jugak pada diri sendiri sebab tak kuat untuk melangkah menegur. Tambah syaitan yang timbulkan rasa ragu2 untuk menegur. Mujur ade seorang kakak yang terus menerjah pada 3 pasangan tadi. Akhirnye mereka bersurai tapi kami perasan yang mereka masih terhendap-hendap nak balik semula ke pondok tadi, tapi terbantut kerana melihat kami masih setia berdiri di situ. 'Ya Allah... lemahnye kami dalam memperjuangkan hak2Mu... layakkah kami untuk terus berada di jalan-Mu????' hatiku merintih...

Friday, July 16, 2010

YAA AL-MATIIN! Kuatkan Aku...

Masya-Allah...lemahnya diri, Allah baru jentik perasaan tu sikit, nak tengok sejauh mana diri ni mengotakan kata janji mencintaiNya, jelas!begitu mudah diri mahu tunduk pada bisikan syaitan & hawa nafsu durjana. Astaghfirullah... hatiku beristighfar panjang menyesali sikap diri yang mudah saja menyokong kata hati yang sedang dikuasai musuh Ilahi & diri... inilah rentetan peristiwa yang menghasilkan impak ujian perasaanku sebentar tadi. Hari ni merupakan hari penting buat seluruh mahasiswa pengajian diploma sem.3 & ijazah sem.3&4 U tempat aku melanjutkan tugas menimba ilmu. Ia merupakan perjumpaan kali pertama mahasiswa yang mengambil kursus kokurikulum dengan fasilitator masing-masing... Jauhnya tempat yang ditetapkan Allah saje yang tahu. Tapi... itu bukanlah masalah yang besar bagiku... aku kira beruntung & sangat2 bersyukur kerana blok kediaman yang aku duduki kini masih dikenal pasti sebagai lokasi yang strategik dari pelbagai sudut tak kira utara, selatan, timur, barat, barat daya, timur laut, barat laut mahupun tenggara.
Yang menyedihkan apabila mengenangkan nasib rakan2 seangkatanku menuntut ilmu yang terpaksa menempuh perjalanan yang agak lebih jauh berbanding aku dek kerana jarak asrama mereka dengan tempat perjumpaan dijalankan amat jauh... Jika tak punya kenderaan pasti bagai nak tercabut tulang kaki dibuatnya...Sabar & redha sajelah yang menjadi penawar kesakitan itu, Insya-Allah... Teman, Allah itu Maha tahu apa yang terbaik untukmu... Sesampainya di lokasi, kami menunggu selama beberapa minit sebelum diarahkan berbaris mengikut kursus yang diambil. Saat berjemur di bawah matahari, Allah!!!tak tergambar betapa panasnya cuaca yang kami perlu rasai sambil berdiri mendengar taklimat ko-ko yang mengambil masa hampir 1 jam.. Dalam pada tempoh yang panjang itu, pelbagai ragam & warna tubuh aku lihat mula menyerlahkan dirinya. Ade yang duduk bercangkung, ade yang mengibas-ngibas tangan sebagai pengganti kipas, ade yang terliuk lentok dek kerna sakitnya kaki berdiri lama di tengah padang, dan ada juga yang berkongsi payung mencari secebis keredupan untuk berteduh dari bahang kepanasan. Diriku juga tak ketinggalan beraksi...bukan ber'aksi' yang negative but positive. Selepas selesai taklimat pengenalan ko-ko, kami mula berkumpul & mengambil attendance untuk sessi hari ini. Boleh katakan semua kumpulan ko-ko mengambil lokasi bawah pokok sebagai tempat berkumpul, begitu juga group ko-ko ku. Sangka ku tempat itu bolehlah dibuat tempat berteduh untuk ku garab sedikit kesejukan bagi menghilangkan kepanasan yang menguasai diri.. Namun, tatkala sampai di situ,ternyata sangkaanku meleset. Yelah, mana tidaknya. Sepohon pokok yang hanya bersaiz sederhana dapatkah memberi teduhan pada semua ahli yang berjumlah hampir 100 orang? tambah pula matahari berada hampir tegak di atas kepala..pastinya bayang2 yang terhasil makin mengecil.' Tak apelah, ni baru sikit, kat padang mahsyar lagi panas. Neraka apatah lagi...tahanlah ye?' pujuk hatiku sendiri. Setelah selesai segala urusan mengsign attendance, melantik AJK tertinggi & AJK kecil kumpulan, ingat kami bolehlah kiranya kami beransur pulang, tapi rupanya masih ade lagi pemberitahuan berkaitan kursus kami. Subhanallah...Allah uji kami lagi dengan terik mentari yang menyilau. 'tak pe...sebentar je lagi. Bukanke kau dah biasa?' hatiku bermonolog lagi. Ya. Aku akui sememangnya kepanasan telah sinonim dalam kehidupanku semenjak kecil lagi... keletihan turut menyertai. Ini kerana dari kecil aku telah dididik untuk melakukan kerja2 berat yang juga sinonim dengan tugas seorang lelaki. Aku tidak betah membantah kerana saiz badanku kala aku di zaman kanak2 agak besar berbanding adik-beradikku yang lain. Jadi, secara tak langsung aku menjadi harapan mak abah untuk membantu mereka. Walaupun kadangkala aku mempersoalkan kenapa, namun lama-kelamaan keterpaksaan itu terhakis membentuk satu kerelaan kerana hatiku tak senang melihat mak abah berpenat-lelah tanpa ada satu pun pertolongan dari anak2 mereka. Ditambah dengan tarbiah mencabar yang aku perlu lalui sepanjang aku mengikuti liqo' yang sudah tersemat utuh di hati di bumi kelahiran major da'ie. Sepanjang berada di bawah terik mentari ku ubat hatiku & tubuhku dengan zikrullah... Harapanku moga berkat aku berzikir mengingatiNya kuatlah walau sedikit diri ini untuk melalui ujianNya. Alhamdulillah... tak lama selepas tu, kami dibenarkan pulang. Sampai sahaja di bilik seusai membeli sedikit juadah pengisi perut, aku duduk sebentar di atas katil sambil tanganku pantas mencapai botol air yang sememangnya aku sengaja letak bersebelahan katilku... Subhanallah, Alhamdulillah...lega... terasa nikmat dapat meneguk air walau hanya beberapa teguk sahaja. 'Ya Allah, letihnya kaki... rase macam tak larat nak pergi musolla. Sat lagi solat dzuhur. Hmm...nak pergi ke tak ye? baju pulak lembab, dah le baju lain tak de...semuanya lembap lagi kat ampaian tu,' bisik hatiku.. Yup! waktu inilah Allah mula menguji janjiku padaNya & juga dalam masa yang same syaitan durjana mula memasukkan jarumnya untuk mengelakkan hamba2Nya melakukan yang terbaik buat Sang Pencipta. 'eh, tak boleh! Aku kena pergi jugak, sudahlah malam tadi tak turun musolla, itu bersebab munasabah. Ini? munasabahke jawapan yang diberi? dulu kau kuat... tak kira ape pun yang menghalang pasti otak kau ligat berfikir jalan penyelesaian yang terbaik yang mana akhirnya kau bisa berjemaah di rumah Allah. Kenapa sekarang tak boleh?' imanku bersuara... "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" suara adzan di laptop kedengaran begitu juga di surau... 'Camne ek?' hatiku menyoal diriku kembali. "Emm...." Aku termenung seketika memikirkan kelemahan diri & persoalan yang harus ku jawab segera. 'Ah! pergilah. Kenapa dulu boleh sekarang tak boleh. Jangan jadikan alasan pakaian lembap sebagai statement untuk kita lari dari fitrah & hidayah Tuhan.' Segera kakiku pantas turun dari katil membuka langkah menuju hammaam untuk membersihkan diri sebagai persediaan menghadap Yang Maha Pengasih... Tatkala kakiku menuruni anak2 tangga, hatiku berdo'a 'Ya Allah... sempatkan aku untuk berjemaah,' tak putus-putus rasa berdosa menerpa sanubari kerana sedar akan kedha'ifan diri. Alhamdulillah, aku sempat seiring dengan imam. Saat wajahku menyembah bumi, ku memohon pada Ilahi agar aku kuat menghadapi ujian hari demi hari. ' Ya Allah, kuatkan AKU!' itu pintaku.

Jejak Kembali...

Cepat sungguh masa berlalu, dari sehari ke sehari, dari detik menuju ke detik seterusnya, sedar tak sedar sudah hampir seminggu ana menjejakkan kaki kembali ke tanah kelahiran para dai'e & murabbi yang sememangnya disegani & dihormati di negara kelahiran ana ni... ye,siapa tak kenal KUZSA yang kini dikenali sebagai UNiSZA selepas beberapa bulan bertukar nama dari UDM to UNiSZA. Rasenye masih belum terlewat untuk ana ucapkan selamat kembali wa ahlan wasahlan wa marhaban bikum kepada seluruh warga especially kepada mereka yang bergelar mahasiswa & mahasiswi UNiSZA tak kira yang berpangkat senior mahupun junior..yang pastinya kita tetap sama iaitu hamba Allah yang hina & memerlukan Dia senantiasa... Alhamdulillah ana panjatkan buat Yang Esa kerana ana masih diberi ruang kesempatan untuk mengislahkan kembali diri & kesilapan lampau yang pernah ana lakukan, samada dari sudut agama, sakhsiah mahupun pembelajaran. Tak ketinggalan juga nikmat kegembiraan yang terukir di hati tatkala dapat bertemu & bersatu kembali dengan sahabat2 yang amat disayangi... Subhanallah, indahnya berukhwah! tak rugi buat sesiapa yang berpegang & beramal dengannya sebagaimana yang diperintahkan Allah melalui firmanNya yang mafhumnya:

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah
kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(masa jahiliah)
bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya
kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang
neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah
menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk"
(Ali-'Imran; 103)

dan terdapat juga hadis Nabi yang menunjukkan anjuran berukhwah sesama muslim yang bermaksud:

"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia
cintai untuk dirinya."
{HR Bukhari & Muslim}

lihat, betapa rapat & kuatnya perkaitan antara iman dengan ukhwah... sedarilah bahawa cermin seseorang merupakan sahabat karibnya. Jika molek sahabatnya, cantiklah dirinya...dan jika buruk, turut buruklah diri individu tersebut.. Teringat madah Hamka,

"Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah
bergaul dengan orang-orang beradab & berbudi mulia yang dapat kita kutip
manfaatnya."


Oleh itu carilah sahabat yang baik yakni yang bisa membantumu mencari jejak kembali pada Tuhanmu & membawamu dekat dengan Penciptamu serta jagalah dia sebaik mungkin kerana kata Saidina 'Ali karamallahu wajhah,

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang
yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"


pesanan akhirku kita hidup bukan untuk berseorangan tapi punya teman yang membawa kita menuju keredhaan Tuhan... Wallahu a'lam.

Tuesday, July 6, 2010

Ahlan Wasahlan waMarhaban Bikum... :-)

Assalamu'alaikum & salam perkenalan juga ukhwah buat sesiapa yang mengunjungi blog yang tak seberapa ni...pertama2nya tergerak rasa hati berkat hidayah dariNya untuk mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tak terhingga atas kesudianNya mengizinkan ana create blog ni walaupun tak sehebat mane sebabnya masih terlalu 'fresh' dalam selok-belok bidang ni...tak lupa juga selawat & salam buat junjungan mulia Nabi SAW, ahli keluarga baginda (para ahlul bait) & sahabat2 yang sentiasa menemani & menyokong baginda Rasul SAW tak kira masa & keadaan serta mereka yang mengikut jejak langkah baginda SAW. Harapan ana dalam pembuatan blog ni, moga dapat kiranya ia menjadi salah satu dari medium perkongsian, keinsafan, penyucian diri, dan peringatan dalam usaha memartabatkan & menolong agama Allahu 'Azza Wajalla... Insya-Allah...

Wallahu A'lam,