Tuesday, August 23, 2011

Enta,Enti...-Kita Sahabat Baik-


" يا ربي... إنك عفو كريم, تحب العفو فاعف عني "


****

"Enta kan sahabat baik ana..."

Majdi angguk.

"Jangan tinggalkan ana ok?"

Majdi tersenyum.

****

Hujan di luar rintis-rintis. Bergabung bersama embun malam yang sedia sejuk.

Majdi menghembus nafas. Termenung. Perkataan 'sahabat baik' berlegar di kepalanya.

Memang sahabat baik. Tapi dia, seorang Zainah. Yang mana: Saya, enta. Dan kamu, enti.

Dan hari-hari yang berlalu. Dan dengan telinga yang semakin mendengar. Dan bersama mata yang terus membaca. Hati ingin terus berubah.

Hanzalah memerhati.

"Apa termenung bro?"

"Tak ada apa.."

Majdi jawab segan-segan.

" 'Dia' yang kamu tunggu, adalah kamu sendiri.."

Majdi mengangkat kening.

"Maksudnya?"

"Kamu yang menyunting dan gubah bunga yang kamu mahukan.."

Majdi sayang akan Zainah. Dia tak mahu sahabatnya itu menangis. Dia kenal akan sahabatnya yang amat memerlukannya. Yang selalu mengadu masalah padanya. Yang selalu bersama berkongsi cerita.

But she is still she. Still ustazah and not ustaz.

"Jom malam ni?"

"Ke mana?"

"Forum pembangunan Islam.."

Hanzalah tersenyum.

****

"Kenapa enta macam lain je?"

"Erm, tak ada apa. Ok je.."

"Ana tanya, jawab sepatah-sepatah je.."

"Tak ada apa Zainah. I'm ok je, dun worry :) "

****

"Saya pelik dengan remaja sekarang.. Terutama dengan yang Ustaz dan Ustazah.."

Ustaz Zahazan memulakan bicara forum.

"Mereka mengajak orang berbuat kebaikan.. tapi ada yang diorang sendiri tak buat.."

Semua khusyuk mendengar.

"Di neraka, nanti ada orang yang disiksa dengan amat teruk.. sehingga ahli neraka hairan dan bertanya kepadanya kenapa dia disiksa begitu. Malah mereka pelik, 'bukankah kamu dahulu mengajak kami ke arah kebaikan'?"

Sungguh, mereka adalah orang yang menyuruh berbuat kebaikan, tetapi tidak melakukan.."

Tenang Imam Muda Asyraf menasihati.

"Jadilah mujahid dan mujahidah Islam yang sebenar.."

Di satu sudut, air mata seorang muslimah sudah mengalir.

Zainah tertunduk.

****

"Orang call tak angkat.."

"Tak sengaja lah.."

"Dia tak sengaja tak apa, kita tak sengaja tak boleh.."

Majdi buat merajuk.

Zainah ketawa.

"Bukan selalu.."

"Ye lah. Wslm.."

"Majdi!!"

" :) "

****

Majdi menghempaskan badannya ke katil. Meletakkan tangannya di kepala.

Tersenyum.

"Nak message Zainah lah.."

Majdi bangun, ingin mengambil handphone di atas meja. Terpandang sahih Muslim yang diletakkan di tepi handphonenya.

Dia menyelak..

Telah berkata Hanzalah r.a : Aku bertemu Abu Bakar as-Siddiq lalu Abu Bakar bertanya

Abu Bakar : bagaimana kamu wahai Hanzalah?"

Jawab Hanzalah : Aku telah jatuh munafiq! :

Abu Bakar : Mahasuci Allah, apa yang kamu katakan ini?.

Jawab Hanzalah : Kita bersama rasulullah s.a.w mengingatkan kita berkenaan neraka dan syurga sehingga seolah-olah kami melihatnya di hadapan mata, namun apabila kami keluar dari majlisnya kami bermain-main mesra dengan anak kami dan isteri kami, dan kami telah lupa banyak yang kami pelajari...

Maka berkata Abu Bakar : aku juga begitu. Lalu kami pergi bertemu RasuluLlah saw.

Setelah bertemu aku berkata : Hanzalah telah menjadi munafiq.

Lalu RasuluLlah saw bertanya : kenapa (kamu berkata) begitu ?.

Lalu aku menjelaskan : Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w mengingatkan kami tentang syurga dan neraka seolah kami melihatnya di hadapan kami namun apabila kami keluar dari majlisnya kami bermain-main mesra dengan anak kami dan isteri kami, dan kami sesungguhnya telah lupa banyak dari yang dipelajari.

Lalu RasuluLlah saw bersabda : Jika sekiranya kamu ini kekal begitu (insaf dan takut semasa pengajaranku) dan sentiasa dalam zikir mu maka kamu akan bersalaman dengan para malaikat di tempat tidur mu dan di jalan-jalan kamu akan tetapi satu masa (untuk ibadat) dan satu masa (untuk melakukan perkara lain) - RasuluLlah saw mengulang 3 kali.

(Riwayat Muslim)

Majdi sebak. Ini Hanzalah, sahabat nabi. Sedangkan diri mereka yang hebat merasakan dirinya munafiq hanya kerana bermesra dengan anak dan isteri yang halal.

Aku?

Air matanya mula mengalir. Kali kedua selepas forum tadi.

Bukankah tadi kamu merasakan seakan sudah di tepian neraka Majdi? Apa guna tangisanmu?

Hanzalah masuk. Pelik memerhatikan sahabatnya yang sedang menangis.

"Kenapa ni Majdi?"

Majdi melangut.

"Hanzalah, aku amat berharap malaikat akan turun bersalaman denganku.."


****
****

Hujan sudah reda. Lampu-lampu perang memancar perlahan menemani malam.

Zainah merenung luar tingkap, mengambil angin malam yang menyejukkan.

Hatinya benar-benar lembut sekarang. Terasa murah dengan tangisan. Forum sebentar tadi ibarat bayu yang menyampaikan salam
. Salam hidayah ke hati.

Dia mahu menjadi pejuang Islam. Dan bukankah tanggungjwab sebagai seorang mujahidah itu amat besar? Sebesar pengorbanan.

Nekad.

"Salam, free x? Nak cakap sket.."

Inbox keluar. Zainah. Majdi tersenyum bersahaja.

"Wslm, yup. Silakan.."

"Ana tak tahu nak cakap macamna. Macam mana ya? Erm, perasan tak bila kita selalu message-message, kadang-kadang call.. Perasan tak sepatutnya semua tu berlaku? Hmm.. ana nak calon suami ana yang jaga muamalatnya. Tapi camna ana nak dapat mcm tu kalo ana pun x jaga muamalat? hmm.. banyak benda malam ni yang buat ana menyesal. Ana tak menyesal jadikan enta sahabat baik ana. Tapi kita yang tersilap langkah. Betul tada rasa antara kita. Ana dan enta tada perasaan antara satu sama lain. tapi itu bukan tiket untuk kita selalu message, gurau.. ana selalu cakap pada diri..

'majdi sahabat aku. 'Tada salah untuk berhubung dengan dia sebab kami bukannya ada rasa apa-apa'.

Tapi ana silap.. Ana nak jadi baik, sebab ana nak dapat suami yang baik. Ana nak enta jadi baik supaya enta dapat isteri yang baik. maybe pasni kita da tak yah message yang mengarut dah. Ana menyesal dengan semua yang ana lalui.. ana nak minta maaf pada enta, kalau-kalau selama ni ana wat enta terlalai or apa-apa la.. mohon Allah ampunkan ana.. Mohon Allah jaga kita.. doakan ana.. Syukran suma2.. ana nak berubah.."

Majdi diam. Menatap setiap huruf.

"Tak salah kan kalau ana reply?..."

Hujan kembali rintis di luar.

"Tak.."

Zainah menunggu.

"Maha suci Allah yang menjadikan malam ni untuk kita. Untuk ana, juga untuk enti. Allah benar-benar bantu bila kita mahu berubah kan? Sebelum ni enti pernah tanya, "Majdi, enta macam lain sikit je.." "Kenapa macam acuh tak acuh je dengan ana.." Sebab ana rasa apa yang enti rasa sekarang, Zainah. Tapi ana sayangkan enti sebagai seorang sahabat. Ana nak enti lupakan ana perlahan-lahan. Ana tak nak tinggalkan enti tiba-tiba. Ana tak nak enti menangis. Dan ana takut, seandainya satu hari nanti, ana akan rindukan dan amat rindukan enti. Ana juga benar-benar nak berubah. Sekarang, kita sama-sama berubah ya? Semoga Allah menjaga enti selalu. Semoga Allah menjaga hati kita sentiasa. teruskan menjadi wanita solehah ya.."

Tenang. Setenang hujan di luar.

"Allah.. terima kasih ya Allah.. Terima kasih juga Majdi.. Ana sebelum ni masih keliru. takut enta tinggalkan ana. benar-benar tak nak enta tinggalkan ana. Tapi kita punya tanggungjawab besar. bagaimana mahu menyeru pada kebaikan sedangkan kita bergelumang noda. Ana benar-benar mahu berubah. Moga Allah jaga ana, enta, dan sahabat semua. Terima kasih untuk semua-semua. Segala nasihat, dan perhatian enta, segala-galanya.. Wslm."

Majdi tersenyum. Walau syahdu.

Zainah menangis. Walau pedih.

Redha Allah lebih penting.

Bukankah sahabat yang baik itu membawa ke jalan menuju Allah?

****


---> Khusus ku utuskan buat saudara-saudara seaqidahku yang teramat dicintai kerana Allah... moga beroleh sesuatu yang bermanfaat darinya dan moga Allah redha dengan setiap langkah hamba hina menuju kampung abadi....






Sunday, June 5, 2011

Pabila Rindu Menyapa

Dengan lafaz mulia,"bismillahirrahmanirrahim..", ku mulakan khittah pena~

Lafaz ashhabul yamiin pembuka bicara
Puji-pujian diutus buat Yang Esa
Atas kasih xterperi yg senantiasa tercipta
Buat si kerdil lagi hina bgelar HAMBA

Selawat dan salam turut ku utus buat Sang Penghulu
Penerus perjuangan Nabi dan Rasul terdahulu
Dialah juga kekasih buat Sang Kekasih Agungku
"Salam'alaika Yaa Rasulallah" ku hembuskan di angin lalu
Moga sampainya ia di pangkuan dirimu


Ya Allah! saratnya rindu ini xtertanggung lagi dek hati. Hembusan nafas ku sedari semakin lama semakin menderu laju. Tak lancar dan normal seperti selalu.

'Ya Allah, apa dah jadi dengan hati hamba-Mu ini Ya Allah..?'
hatiku menyoal Sang Penciptanya seakan merintih dan merayu, mendesak satu jawapan yang pasti dari Tuhan melalui gerak hati yang acapkali Dia hadirkan dalam diri. Tindak balas refleksi yang diterima dari medula oblongata(salah 1 organ dlm badan bhgn bawah otak manusia) membuat tanganku secara otomatik menerpa dadaku. Lantas serebrum pula kini memainkan peranannya. Ku ambil kesempatan ini untuk menenangkan hatiku kembali. Jantungku saat itu terus-terusan berdegup kencang dan mengepam laju sel-sel darahku. Tanganku ku usap-usap seakan memujuk hatiku agar bertindak secara normal seperti sediakala kerana dialah 'RAJA' dalam diri yang memberi arahan pada otakku untuk mengawal keseluruhan tindak-tanduk organ-organ dalaman dan luaran jasadku. Sebagaimana kekasih orang-orang mukmin bersabda:

أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسدَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْب. - رواه البخاري ومسلم

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Hatiku masih tidak menunjukkan tanda-tanda ingin sembuh. Dia masih berkeras dengan kehendak dirinya.


"Hai hati, sabar ye...sabar ye sayang...ingat, kita kena latih diri kita untuk sabar. Bukan ke orang yang kuat itu adalah orang yang bisa bersabar dan betah bertahan apabila dia mampu untuk marah? dan bersabar itu bererti menahan atau mengekang diri dari keluh-kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tak disukai? kita kena kuat! kita kena lawan perasaan perit tu kalau kita nak latih diri kita jadi kuat!"
terpacul kata-kata itu dari mulutku.

Ya! benar...mudah sekali kata ucapan seperti "banyakkan bersabar ye.." atau "sabarlah..,ada hikmah Allah jadikan ini semua," keluar dari mulut kita apabila berdepan dengan mereka-mereka yang sedang ditimpa sesuatu musibah. Namun, apakah secara praktikalnya kita sendiri mampu melaksanakan tuntutan sabar ini bilamana kita yang berada dalam musibah? berhadapan dengan sesuatu yang tak kita sukai mahupun yang kita benci?

Di sini, bukanku bermaksud yang kita perlu meninggalkan ucapan-ucapan sebegini ketikamana kita berdepan dengan musibah,tetapi alangkah lebih indahnya sekiranya ucapan sebegini dilafazkan dari sekeping wadah yakni hati yang mana pakaiannya taqwa dan ikhlas. Bahkan hati yang melafazkan ini juga tidak terkecuali dari melatih dirinya sendiri dalam mempraktikkan erti sabar dalam setiap saat yang Penciptanya kurniakan. Di samping ia juga turut dihiasi dengan kilauan mutiara qasad yang suci semata-mata demi meraih redha Ilahi? tanpa terlalu memikirkan penerimaan orang yang mendengar sama ada menerima dengan hati terbuka ataupun sukar menerimanya. Bukankah Islam itu indah? dan sabar juga ikhlas itulah Islam. Jadi, tunjukkanlah keindahannya melalui salah satu dari sifat mahmudah(terpuji/baik) ini.

Sabar itu jika diukur melalui teorinya ianya tampak mudah, namun praktikalnya amat payah. Ini disebabkan sifat ini memerlukan penyatuan dari sudut pemikiran dan 'amal dalam diri seseorang individu. Dan penyatuan ini hanya boleh tercapai melalui kerjasama yang tinggi yang diberikan oleh akal,anggota badan,sel-sel dan saraf-saraf dalam tubuh manusia yang mana HATI yang dipandu oleh IMAN sebagai nakhodanya adalah peneraju utama dalam penyatuan ini. Oleh kerana itulah, mengapa sabar sering dikaitkan dengan iman seperti mana kata baginda s.a.w.

"Sesungguhnya sabar itu sebahagian dari iman..."

lihatlah betapa besarnya peranan sabar dalam melengkapkan iman seseorang. Disebabkan kepayahannya jugalah ganjaran yang disediakan buat mereka yang bersabar dan berusaha keras ke arahnya amat besar dan tinggi nilaiannya di sisi Allah s.w.t. yakni antaranya mendapat berita gembira dengan rahmat dan petunjuk dari Allah s.w.t. Ini telah terakam dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar, yang apabila ditimpa musibah mereka berkata,'Kami milik Allah dan kepada-Nya jua kami akan dikembalikan.' Mereka itulah orang yang mendapat rahmat daripada Tuhannya dan merekalah orang yang mendapat petunjuk."
-[Surah al-Baqarah 2: ayat 155-157]


dan jangan kita lupa bahawasenya dengan
rahmat Allah lah kita dimasukkan ke dalam syurga,

"Dan para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu(sambil mengucapkannya), keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu."
-[Surah al-Ra'd 13: ayat 23-24]



Subhanallah! betapa besar dan tingginya martabat sabar dalam Islam sehinggakan ganjaran yang diperoleh bukanlah sesuatu yang sembarangan.Oleh itu, tak salah bukan malah digalakkan untuk kita menyemainya menjadi benih berkualiti dalam diri kita?

Mungkin dengan mendengar sedikit kata-kata pujukan dariku, serba sedikit ku rasakan kelegaan di hatiku. Alhamdulillah, dia mengerti kata-kataku. Cumanya yang masih belum settle ialah masih kedengaran di telingaku hembusan nafas menderu deras keluar masuk dari corong mulut dan hidungku.

'Ya Allah... apa aku nak buat lagi ni...apa ye? ermm...apa...'

Otakku ligat berfikir solusi terbaik untuk meredakan keperitan hatiku yang secara tak langsung juga sebagai penyokong tambahan untuk aku dapatkan kemenangan buat imanku. Lantas tanpa ku buang sisa saat dan waktu yang bakal berlalu, jasadku bangkit dari pembaringan. Tanpa menunggu arahan, cekap sahaja jari-jemariku ini mengorak langkah tariannya di atas keyboard laptopku mencari folder music yang terkandung di dalamnya salah satu file himpunan 114 surat cinta Kekasih Agung bacaan As-Syeikh Saad Al-Ghamidi. Laju sahaja jari telunjuk menekan button play dan surah Ar-Rahman menjadi pilihan hatiku buat mengubat laranya. Ku dengar dan hayati satu demi satu bacaan ayatul husna ini, dalam hati ku bermohon moga-moga berkat mendengar ayatul husna ini Allah sudi campakkan ketenangan buat sang hati dan menormalkan kembali keadaanku.

Allahu Akbar! benarnya kata-kata Allah bahawa sesungguhnya Al-Qur'an itu diturunkan sebagai penawar buat orang-orang yang beriman. Aku sedari kini diriku yang tadinya seperti agak tidak keruan kini kembali tenang. Alhamdulillah, nafas ini kembali sekata. Mungkin telah sembuh sepenuhnya dari sakitnya. Memoriku kembali menerjah pada apa yang sering diungkapkan sahabat-sahabat kesayangan hati 'ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..'

Sebagai pembakar semangat buat hatiku, ku berdo'a agar masih adanya hari esok untuk diri ini agar dapat ku bawa ia dan sang raja menziarahi kekasih yang agak hampir setahun tidak ku jenguk buat mengubat kerinduan ini terhadapnya.


'Wahai hati, insya-Allah jika esok masih ada untuk kita dan tiadanya aral melintang, kita minta izin mak untuk ziarah kekasih hati kita ye :) bila dah sampai padanya, kita sujud mencium tapaknya, kita menangis sepuas-puasnya mengenangkan betapa kotor dan hinanya kita dihadapan Allah yang Esa dan bersyukur dengan pemberian Kekasih Agung kita :)' monolog hatiku dalam sepi...



~nantikan kehadiranku MASJID AL-MAKMUR S5~
Insya-Allah...








Monday, May 30, 2011

Duhai Hati,Jangan Kau Terkorban Dengan Dunia...

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dib
iarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 “

“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12

Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216

Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT???

“Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab.” (Surah Al Mu’min ; ayat 39-40)

~Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia…Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna…~