Friday, July 16, 2010

YAA AL-MATIIN! Kuatkan Aku...

Masya-Allah...lemahnya diri, Allah baru jentik perasaan tu sikit, nak tengok sejauh mana diri ni mengotakan kata janji mencintaiNya, jelas!begitu mudah diri mahu tunduk pada bisikan syaitan & hawa nafsu durjana. Astaghfirullah... hatiku beristighfar panjang menyesali sikap diri yang mudah saja menyokong kata hati yang sedang dikuasai musuh Ilahi & diri... inilah rentetan peristiwa yang menghasilkan impak ujian perasaanku sebentar tadi. Hari ni merupakan hari penting buat seluruh mahasiswa pengajian diploma sem.3 & ijazah sem.3&4 U tempat aku melanjutkan tugas menimba ilmu. Ia merupakan perjumpaan kali pertama mahasiswa yang mengambil kursus kokurikulum dengan fasilitator masing-masing... Jauhnya tempat yang ditetapkan Allah saje yang tahu. Tapi... itu bukanlah masalah yang besar bagiku... aku kira beruntung & sangat2 bersyukur kerana blok kediaman yang aku duduki kini masih dikenal pasti sebagai lokasi yang strategik dari pelbagai sudut tak kira utara, selatan, timur, barat, barat daya, timur laut, barat laut mahupun tenggara.
Yang menyedihkan apabila mengenangkan nasib rakan2 seangkatanku menuntut ilmu yang terpaksa menempuh perjalanan yang agak lebih jauh berbanding aku dek kerana jarak asrama mereka dengan tempat perjumpaan dijalankan amat jauh... Jika tak punya kenderaan pasti bagai nak tercabut tulang kaki dibuatnya...Sabar & redha sajelah yang menjadi penawar kesakitan itu, Insya-Allah... Teman, Allah itu Maha tahu apa yang terbaik untukmu... Sesampainya di lokasi, kami menunggu selama beberapa minit sebelum diarahkan berbaris mengikut kursus yang diambil. Saat berjemur di bawah matahari, Allah!!!tak tergambar betapa panasnya cuaca yang kami perlu rasai sambil berdiri mendengar taklimat ko-ko yang mengambil masa hampir 1 jam.. Dalam pada tempoh yang panjang itu, pelbagai ragam & warna tubuh aku lihat mula menyerlahkan dirinya. Ade yang duduk bercangkung, ade yang mengibas-ngibas tangan sebagai pengganti kipas, ade yang terliuk lentok dek kerna sakitnya kaki berdiri lama di tengah padang, dan ada juga yang berkongsi payung mencari secebis keredupan untuk berteduh dari bahang kepanasan. Diriku juga tak ketinggalan beraksi...bukan ber'aksi' yang negative but positive. Selepas selesai taklimat pengenalan ko-ko, kami mula berkumpul & mengambil attendance untuk sessi hari ini. Boleh katakan semua kumpulan ko-ko mengambil lokasi bawah pokok sebagai tempat berkumpul, begitu juga group ko-ko ku. Sangka ku tempat itu bolehlah dibuat tempat berteduh untuk ku garab sedikit kesejukan bagi menghilangkan kepanasan yang menguasai diri.. Namun, tatkala sampai di situ,ternyata sangkaanku meleset. Yelah, mana tidaknya. Sepohon pokok yang hanya bersaiz sederhana dapatkah memberi teduhan pada semua ahli yang berjumlah hampir 100 orang? tambah pula matahari berada hampir tegak di atas kepala..pastinya bayang2 yang terhasil makin mengecil.' Tak apelah, ni baru sikit, kat padang mahsyar lagi panas. Neraka apatah lagi...tahanlah ye?' pujuk hatiku sendiri. Setelah selesai segala urusan mengsign attendance, melantik AJK tertinggi & AJK kecil kumpulan, ingat kami bolehlah kiranya kami beransur pulang, tapi rupanya masih ade lagi pemberitahuan berkaitan kursus kami. Subhanallah...Allah uji kami lagi dengan terik mentari yang menyilau. 'tak pe...sebentar je lagi. Bukanke kau dah biasa?' hatiku bermonolog lagi. Ya. Aku akui sememangnya kepanasan telah sinonim dalam kehidupanku semenjak kecil lagi... keletihan turut menyertai. Ini kerana dari kecil aku telah dididik untuk melakukan kerja2 berat yang juga sinonim dengan tugas seorang lelaki. Aku tidak betah membantah kerana saiz badanku kala aku di zaman kanak2 agak besar berbanding adik-beradikku yang lain. Jadi, secara tak langsung aku menjadi harapan mak abah untuk membantu mereka. Walaupun kadangkala aku mempersoalkan kenapa, namun lama-kelamaan keterpaksaan itu terhakis membentuk satu kerelaan kerana hatiku tak senang melihat mak abah berpenat-lelah tanpa ada satu pun pertolongan dari anak2 mereka. Ditambah dengan tarbiah mencabar yang aku perlu lalui sepanjang aku mengikuti liqo' yang sudah tersemat utuh di hati di bumi kelahiran major da'ie. Sepanjang berada di bawah terik mentari ku ubat hatiku & tubuhku dengan zikrullah... Harapanku moga berkat aku berzikir mengingatiNya kuatlah walau sedikit diri ini untuk melalui ujianNya. Alhamdulillah... tak lama selepas tu, kami dibenarkan pulang. Sampai sahaja di bilik seusai membeli sedikit juadah pengisi perut, aku duduk sebentar di atas katil sambil tanganku pantas mencapai botol air yang sememangnya aku sengaja letak bersebelahan katilku... Subhanallah, Alhamdulillah...lega... terasa nikmat dapat meneguk air walau hanya beberapa teguk sahaja. 'Ya Allah, letihnya kaki... rase macam tak larat nak pergi musolla. Sat lagi solat dzuhur. Hmm...nak pergi ke tak ye? baju pulak lembab, dah le baju lain tak de...semuanya lembap lagi kat ampaian tu,' bisik hatiku.. Yup! waktu inilah Allah mula menguji janjiku padaNya & juga dalam masa yang same syaitan durjana mula memasukkan jarumnya untuk mengelakkan hamba2Nya melakukan yang terbaik buat Sang Pencipta. 'eh, tak boleh! Aku kena pergi jugak, sudahlah malam tadi tak turun musolla, itu bersebab munasabah. Ini? munasabahke jawapan yang diberi? dulu kau kuat... tak kira ape pun yang menghalang pasti otak kau ligat berfikir jalan penyelesaian yang terbaik yang mana akhirnya kau bisa berjemaah di rumah Allah. Kenapa sekarang tak boleh?' imanku bersuara... "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" suara adzan di laptop kedengaran begitu juga di surau... 'Camne ek?' hatiku menyoal diriku kembali. "Emm...." Aku termenung seketika memikirkan kelemahan diri & persoalan yang harus ku jawab segera. 'Ah! pergilah. Kenapa dulu boleh sekarang tak boleh. Jangan jadikan alasan pakaian lembap sebagai statement untuk kita lari dari fitrah & hidayah Tuhan.' Segera kakiku pantas turun dari katil membuka langkah menuju hammaam untuk membersihkan diri sebagai persediaan menghadap Yang Maha Pengasih... Tatkala kakiku menuruni anak2 tangga, hatiku berdo'a 'Ya Allah... sempatkan aku untuk berjemaah,' tak putus-putus rasa berdosa menerpa sanubari kerana sedar akan kedha'ifan diri. Alhamdulillah, aku sempat seiring dengan imam. Saat wajahku menyembah bumi, ku memohon pada Ilahi agar aku kuat menghadapi ujian hari demi hari. ' Ya Allah, kuatkan AKU!' itu pintaku.

No comments:

Post a Comment